Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Monday, April 8, 2013

.:: Berhemah? Adakah Anda Pasti? (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^


Maaf sebab lambat update blog semalam!!

Ni kes kerja melukis lambat siap la ni!!



Oklah, kali ni aku nak cerita pasal watak baru dalam cerita aku..

Budak ni baru masuk kerja bulan lepas..

Sama jawatan dengan aku..



Korang tau tak betapa bersyukurnya aku sebab ada geng!

Selama ni duduk sorang-sorang, macam orang tak ada rumah!!

Sedih tak ada teman tu tak payahlah nak cakap..

Aku sedih, sapelah yang tau..acecece..

Melebih-lebih pulak!



Oklah, jom aku perkenalkan geng baru aku!




   Aku akui, dia memang jenis banyak cakap..

Macam aku la jugak!


Jangan tanya sape yang tampal pelekat kat mulut dia!

Ni mesti nak cakap aku la yang buat,

Memandangkan aku ada rekod yang agak terlebih "cemerlang" 

dalam bab-bab macam ni!!

Hampeh betul!


Lepas kitaorang dah selesai makan tengahari,

Macam ni la keadaan kitaorang dalam kereta!



Tak kisah la dalam kereta aku ker, 


Kereta Kak Noor ker,


Atau pun kereta Kak Fiza!!


Mulut sah-sah tak reti nak berhenti cakap!!



Sebenarnya, benda yang aku nak cerita adalah pasal si Umi ni hah..

Ada satu kenyataan bagi aku, kenyataan "MAUT" la

Keluar dari mulut dia..



Masa ni, kitaorang dalam kereta Kak Noor..

Nak tau apa benda yang dia cakap??

........


.......



.......



.......



........



Mungkin korang tertanya-tanya kenapa kitaorang terkejut giler

Bila Umi cakap macam tu??



Kitaorang tak rasa pulak macam tu!!

Bukan nak kata Kak Noor bukan pemandu yang berhemah,

Cuma aku rasa, setiap pemandu kalau dah marah,

Mesti muka yang ala-ala comel macam anak patung

Pun boleh tukar jadi macam Hulk Hogan!

Hilang kecomelan terus!!



Dan semestinya, Umi takkan percaya bila kitaorang cakap macam tu!!

Siap buat muka cebik lagi kat kitaorang!!


Dan kitaorang pun tak perlulah nak tunggu lama-lama 

Untuk Kak Noor tunjuk "TRUE COLOUR" dia kat Umi!!



Kebetulan, masa tu, kitaorang nak belok ke kanan..

Tak payahlah nak bayangkan keadaan jalan tu macam mana..

Aku dah siap lukis untuk korang faham!



Ada satu kereta sewel ni datang dari arah kiri kitaorang..


Alih-alih datang, terus nak halang jalan kitaorang..

Sebab dia nak U-turn!

Dia malas nak ikut peraturan jalan

Seperti yang ditetapkan oleh undang-undang!!

(Skema tak ayat aku??)



Tak faham??

Aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap!! Hahahaha!

Korang tengok la sendiri lukisan aku..



Bayangkan masa tu kereta kitaorang nak jalan pun tak boleh!

Kereta tu betul-betul halang laluan kitaorang!!


Kalau aku pun, aku angin giler!!

Tapi ketahuilah anda, yang saya adalah seorang yang tak suka 

TEKAN HON!!



Berbanding dengan Kak Noor,

Dia sangaaaaaaatttttt sukkkkkaaaaaaaaa TEKAN HON!!!

Macam ni la jadinya..


Selagi kereta tu tak bergerak, 

selagi tu la Kak Noor tekan hon macam orang gila!!


 Bagi kitaorang, perkara macam ni BIASA jer..

Cuma..

Bagi Cik Umi kita, perkara macam ni memang LUAR BIASA!!!!!



Tambah pulak, dia baru jer puji Kak Noor 10 minit sebelum tu..

10 minit tau!! Bukan 10 jam!!


.......




.......




.......




........




........
 


Itulah aku! Tukang sakat orang No.1 kat pejabat tu!!

Hahahahahahahaha!!!!!


Jumpa lagi nanti!!!



Assalamualaikum!! ^_^

Sunday, January 20, 2013

.:: Burung Sesat??? Ini Jalan Penyelesaiannya! (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!!

Arrrgghhhh!!!! Malasnya hari ni!!

Sebab apa??

Esok hari Isnin..means kena kerja!! 

Monday Blueeesssssssssssss (10 harakat disitu!)

Apa pulak cerita kali ni??

Kali ni pasal burung lagi..

Masih ingat cerita burung yang dulu??

Kalau dah luper, moh ler klik kat SINI!! ^_^

 Cuma kali ni, bukan burung merpati la..

 Burung lain tapi aku tak tau apa spesis dia..

Nak dijadikan cerita..

 Ada seekor burung ni..


 


Tersesat masuk dalam office aku!

Tapi masa tu memang haram la aku tak tau nape ramai sangat orang kecoh2 kat luar office..

 
Jadi dengan muka blur + ingin tau yang memuncak,

Aku tanyalah nape kat officemate aku..


 Dan masa tu la aku perasan sesuatu..

Rupa-rupanya..


 So, dengan berbekalkan idea mengarut + gila2 (anggap jer la kreatif!)

Mulalah aku berangan macam mana la 

Nak bagi burung tu faham yang pintu tu memang dah terbukak luas 

Supaya dia boleh CHOW dari office aku..




...........

........... 

 ........... 

...........  

........... 

...........  

........... 

...........  

........... 

...........  

........... 

...........  

...........

**Lai Lai maksud dia "Mari Mari" dalam Bahasa Cina! ^_^

Bernas tak idea aku?? 

(Sila angkat tangan tanda setuju walaupun aku memang takkan nampak!)

Siap bentang karpet merah lagi tuk burung tu!!

Tak cukup karpet merah, siap ada lampu yang kat airport tu

bagi terangkan sikit mata burung tu!!

Tak cukup lagi???

Meh aku tambah lampu raya jiran aku masa raya tahun lepas!!

Tak faham?? Hmm..baik korang baca entri ni baru korang paham kut!

 Sorry lah entri kali ni kurang menarik sikit..

Entahlah..kering idea betul..

(sambil jampi2 suruh idea turun dari langit!!) 

Jumpa lagi dalam entri yang seterusnya, ok!

Assalamualaikum!! ^_^


Wednesday, January 9, 2013

.:: Jom Kara..K.O!!! (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^

Oppss!! I did it again!! (Konon2 Britney Spears nyanyi la!)

Yeee..aku tau..selalu lambat update!!

OH! Luper lak! 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013!!

Azam?? Tak main la azam2 ni..

Buat menyemak kepala jer..

Sampai ke hujung tahun, belum tentu tercapai lagi! 

(based on my experience! TRUE STORY!)

Apa yang aku nak cerita kali ni??

Cerita kali ni ramai sangat yang suka buat termasuklah AKU!

Yer!! Aku mengaku aku suka karaoke!

Time belajar dulu2, asal tertekan jer especially lepas exam, 

mesti pergi melalak 10 lagu!! Bad example!! Huh!

Jadi entah nape tiba2 budak2 ofis aku ajak pergi karaoke 

Time lunch pulak tu!

Kebetulan time tu tengah ada kat Taiping Sentral pada tengahari Jumaat yang separa tenang..

Peserta uji terlebih bakat :- ME, KAK FIZA and KAK NOOR..

 Gambar Background credit to Google
Dan dengan tahap keyakinan yang tinggi tahap dewa, kami bertiga pilih untuk nyanyi beberapa lagu..

Jumlah sebenarnya..errrr..

Gambar Background credit to Google
Bila dah masuk bilik karaoke tu, memang masing2..


BLUR!!!

Pasal apa?? Entah! Mungkin masing2 kekok kut!

First time nyanyi karaoke sama2!!

.......


.......


.......


......


 .......


......


 ......
 

Ok! Aku tipu!

Kitaorang dah macam monyet makan cili jer bila dalam bilik tu! 

Mulut masing2 pot pet pot pet jer..

Sume benda nak pegang! TV, Sofa! Mikrofon! Just name it!

Cuma..the biggest problem right now..


Yerr!!! Soalan maut tu..
Biasalah..masing2 kan malu tahap tinggi nak mampus!

Semua reject mikrofon tu sampailah..


Gambar kat TV credit to Google

Ohhh!! Luper nak cakap..

Kak Noor tak familiar langsung dengan touch screen!!

Dan sebab itulah..

dia tak sengaja tertekan..


 Lagu yang dia tak terfikir langsung nak nyanyi!! 

Memang jauh menyimpang!!!

Dengan muka cuak + innocent, dia pun pandang aku dengan Kak Fiza..


 So, reaksi aku dan Kak Fiza...



Akhirnya..

Yang kena tolong nyanyi lagu tu mestilah...

.....


.....


.....


.....


.....


.....


.....



.....



......


KAK FIZA!!! Selamat aku! Hehehe!!


Dan selepas tu, memang kitaorang bergilir2 karaoke..

Kesimpulan yang aku boleh buat,

Hampir semua lagu yang kitaorang pilih memang

LAGU SEDIH + SENTIMENTAL!!

Hampeh betul!  T_T

......


......


......


......


......


......

Aku pilih lagu apa?



Hopefully korang boleh teka la lagu tu..boleh ker??? Hehe..

(pssstt..mata aku tak macam tu yer bila nyanyi..rekaan semata2!)

Hahahahahaha..

See you again!!!

Assalamualaikum!! ^_^

Wednesday, December 12, 2012

.:: Perfume Ku Petrol - Episode 4 (Cartoon) ::.



Assalamualaikum ^_^


Wah!! Rajin update ni, pehal lak?? (kritikan membina untuk aku!!)

Entri ni aku siapkan hari yang sama aku buat 

entri "Perfume Ku Petrol" Episode 3!!

Sebab aku memang dah tau la..

Kalau weekday baru nak buat doodle,

Confirm sampai tahun depan tak ada entri baru!!

Tul tak?? ^_^

Sape2 yang dah terlepas episod2 sebelum ni..

Moh la jenguk kat SINI, SINI dan SINI!!!

Sape yang dah khatam episod2 sebelum ni,

Jom baca sambungan cerita ni..

Aku janji ini EPISOD TERAKHIR!!

Macam yang aku pernah sebut sebelum ni,

Orang yang duduk sebelah aku tu 

MEMANG MERIMASKAN AKU!

Aku bajet dia yang akan malang sebab kena sedut oksigen + petrol

bila duduk sebelah aku..

Rupa-rupanya..

AKU YANG MALANG SEBAB DUDUK SEBELAH DIA!!!!!

Dia kuat bercakap la!!!

Macam bertih jagung!!


 Mula-mula aku boleh la layan soalan2 dia..

Tapi bila lama-lama...


 Rasa macam nak stapler jer mulut dia!! (Boleh tak??)

Kadang2 tu dia kuat gak mengumpat kontraktor lain 

yang ada kat situ..


 Aku senyum jer la bila dia mengumpat..

Takkan nak join sekaki lak!! (Bajet baik la tuu!!)

Tambah pulak..

Kerusi dia makin lama makin dekat dengan aku..

Kerusi aku lak makin lama makin dekat dengan kerusi Kak Fiza!!

A.K.A lagi jauh daripada dia!


Cuma bila sampai part ni..

Aku memang rasa macam nak...


........


........


.......


.......



.......



.......



.......



.......




........



........



........



........


BUNUH DIAAAAAAAAA!!!!


 Karipap aku pun ko nak rembat jugak ker???

Tak cukup nak rembat,

Ko boleh pulak perli aku  "Diet ker???"

Sabar jer la.. T 3 T

Kenapa la aku jumpa spesies macam ni 

kat dalam mesyuarat pertama aku?????

Whyyyy mmmmeeeee?????

Whyyyy mmmmeeeee?????

Whyyyy mmmmeeeee?????  

Cukup 3x aku jerit!!
  
  Part paling aku tak faham dalam cerita ni ialah..


......



.......



.......



.......




........



........



........

Hidung dia dah TERSUMBAT ker 

sampai tak boleh bau petrol kat aku???

Asyik2 nak dekat dengan aku!!

Musykil betul aku dengan dia ni la.. 

Any idea??? Bagi la komen sikit!! Hehehe!!

........



........



........


........



........



........


Dan dengan ini berakhir sudah...

Cerita Perfume Ku Petrol!!

Yeaaaayyy!!!!

 Jumpa lagi next time..

Take care!!

Assalamualaikum!! ^_^






Sunday, December 9, 2012

.:: Perfume Ku Petrol - Part 3 (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^

Happy Sunday to everyone!!!!! (Happy ker???)

Hahahahahaha...

Oklah..jom sambung balik cerita ni..

Bila mau habis ni...asyik bersambung jer..

Nak buat macam mana..

Dah cerita panjang!!

Sape baru 1st time baca entri ni mesti tak faham kan??

Jom terjah entri2 sebelum ni..PART 1 dan PART 2..

Sambung balik cerita..

Kitaorang pun masuk la bilik mesyuarat tu..

Dah macam tikus jer perangai masing2..

Terjengket-jengket tengok sekeliling..

Bila masuk jer...Fuuuhhhhh...lega giler...

TAK ADA ORANG LAGIIIIII!!!!

Ape lagi..kitaorang pun pilih la tempat duduk..

Nahh!! Aku siap tunjuk lagi layout bilik mesyuarat tu kat bawah ni!!

Ada gaya macam korang nak pilih tempat masa tengok wayang tak???

Hahahahahahaha!!!

 
 Kalau korang nak tau, yang bulat merah tu la tempat kitaorang..

Aku kalau boleh memang nak duduk hujung sekali..

Sebab confirm tak payah duduk sebelah dengan orang lain..

Tapi, sekali view dia memang betul2 dekat dengan kerusi

TUAN PENGERUSI!!!

Terus jantung aku tak boleh nak produce darah lagi

A.K.A PUCAT!! 

Confirm aku cancel niat yang memang tak tulus mulus tu..

Kak Farie duduk hujung sekali, Kak Fiza kat tengah and 

aku???

Mestilah sebelah Kak Fiza, betul tak??

Benci betul la duduk sebelah orang yang aku tak kenal ni..

Tambah2 pulak dengan perfume petrol aku ni..

Tension aku!!

Nak dijadikan cerita..

Mulut aku memang asyik2 tanya soalan ni kat Kak Farie dan Kak Fiza..

 

 Memang penat la diorang nak layan soalan aku ni..

Tapi nak buat macam mana..

Hati tak tenang langsung!!!

 
Dengan penuh keyakinan, diorang jawab...


I wish I can believe their words and

LAUGH LIKE NOBODY WILL NOTICE 

OUR 'SPECIAL' PERFUME!!


Hati aku ni dah start berdegup pantas bila orang dah start masuk bilik mesyuarat..

Dalam hati aku ni sampai cakap la...

Memang malang la siapa yang duduk sebelah aku hari tu..

And, we have the LUCKIEST PERSON in the world 

To sit beside me..(tadi bukan cakap malang ker??)

And the winner is.....(kasi bunyi drum sikit!!!)


......



......


......


......



 ......



......



.....



......


......



.....



.....


Aku luper lak nama dia..

Yang aku confirm dia LELAKI dan 

Dia memang aku boleh panggil

PAKCIK!!!


Dan derita aku pun bermula dari saat dia duduk sampai la habis meeting..

Nak tau kenapa aku terseksa sangat???

Next episode la jawabnya..

Nak bagi title siap2 la..

PAKCIK YANG MERIMASKAN AKU!!

 Hahahaha!!!

Take care, everyone..

Assalamualaikum..^_^