Monday, April 8, 2013

.:: Berhemah? Adakah Anda Pasti? (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^


Maaf sebab lambat update blog semalam!!

Ni kes kerja melukis lambat siap la ni!!



Oklah, kali ni aku nak cerita pasal watak baru dalam cerita aku..

Budak ni baru masuk kerja bulan lepas..

Sama jawatan dengan aku..



Korang tau tak betapa bersyukurnya aku sebab ada geng!

Selama ni duduk sorang-sorang, macam orang tak ada rumah!!

Sedih tak ada teman tu tak payahlah nak cakap..

Aku sedih, sapelah yang tau..acecece..

Melebih-lebih pulak!



Oklah, jom aku perkenalkan geng baru aku!




   Aku akui, dia memang jenis banyak cakap..

Macam aku la jugak!


Jangan tanya sape yang tampal pelekat kat mulut dia!

Ni mesti nak cakap aku la yang buat,

Memandangkan aku ada rekod yang agak terlebih "cemerlang" 

dalam bab-bab macam ni!!

Hampeh betul!


Lepas kitaorang dah selesai makan tengahari,

Macam ni la keadaan kitaorang dalam kereta!



Tak kisah la dalam kereta aku ker, 


Kereta Kak Noor ker,


Atau pun kereta Kak Fiza!!


Mulut sah-sah tak reti nak berhenti cakap!!



Sebenarnya, benda yang aku nak cerita adalah pasal si Umi ni hah..

Ada satu kenyataan bagi aku, kenyataan "MAUT" la

Keluar dari mulut dia..



Masa ni, kitaorang dalam kereta Kak Noor..

Nak tau apa benda yang dia cakap??

........


.......



.......



.......



........



Mungkin korang tertanya-tanya kenapa kitaorang terkejut giler

Bila Umi cakap macam tu??



Kitaorang tak rasa pulak macam tu!!

Bukan nak kata Kak Noor bukan pemandu yang berhemah,

Cuma aku rasa, setiap pemandu kalau dah marah,

Mesti muka yang ala-ala comel macam anak patung

Pun boleh tukar jadi macam Hulk Hogan!

Hilang kecomelan terus!!



Dan semestinya, Umi takkan percaya bila kitaorang cakap macam tu!!

Siap buat muka cebik lagi kat kitaorang!!


Dan kitaorang pun tak perlulah nak tunggu lama-lama 

Untuk Kak Noor tunjuk "TRUE COLOUR" dia kat Umi!!



Kebetulan, masa tu, kitaorang nak belok ke kanan..

Tak payahlah nak bayangkan keadaan jalan tu macam mana..

Aku dah siap lukis untuk korang faham!



Ada satu kereta sewel ni datang dari arah kiri kitaorang..


Alih-alih datang, terus nak halang jalan kitaorang..

Sebab dia nak U-turn!

Dia malas nak ikut peraturan jalan

Seperti yang ditetapkan oleh undang-undang!!

(Skema tak ayat aku??)



Tak faham??

Aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap!! Hahahaha!

Korang tengok la sendiri lukisan aku..



Bayangkan masa tu kereta kitaorang nak jalan pun tak boleh!

Kereta tu betul-betul halang laluan kitaorang!!


Kalau aku pun, aku angin giler!!

Tapi ketahuilah anda, yang saya adalah seorang yang tak suka 

TEKAN HON!!



Berbanding dengan Kak Noor,

Dia sangaaaaaaatttttt sukkkkkaaaaaaaaa TEKAN HON!!!

Macam ni la jadinya..


Selagi kereta tu tak bergerak, 

selagi tu la Kak Noor tekan hon macam orang gila!!


 Bagi kitaorang, perkara macam ni BIASA jer..

Cuma..

Bagi Cik Umi kita, perkara macam ni memang LUAR BIASA!!!!!



Tambah pulak, dia baru jer puji Kak Noor 10 minit sebelum tu..

10 minit tau!! Bukan 10 jam!!


.......




.......




.......




........




........
 


Itulah aku! Tukang sakat orang No.1 kat pejabat tu!!

Hahahahahahahaha!!!!!


Jumpa lagi nanti!!!



Assalamualaikum!! ^_^

Sunday, March 31, 2013

.:: Kucing oh Kucing : Episode 2 (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^


Berjumpa lagi dalam entri terbaru aku..

Entri sebelum ni memang aku dah cakap,

Aku nak cerita pasal pengalaman aku sendiri dengan kucing..



Al-kisahnya, jiran sebelah rumah aku ada kucing betina..

Akak aku cakap, nama dia No-Me 

(Entah betul ke tak ejaan dia macam ni??)

Si No-Me ni memang SOMBONG NAK MAMPUS dengan semua orang!!

Setakat ni, memang aku langsung tak pernah pegang dia!!



Asal jumpa jer, mesti nak tunjuk berlagak dengan aku!

Bajet cun la tu!!

Patut la aku tak pernah nampak kucing jantan cuba tackle dia!!



Apa-apa pun yang paling penting,

Dia suka sangat melepak atas kereta abah aku..

Ingat kereta abah aku tu sauna kucing ker..

Suka suki jer nak nak rehat-rehat kat situ!!

Dah banyak kali dah dia lepak kat situ..

Kali ni..



Oh! Luper pulak nak cakap..

Si No-Me ni badan dia memang gebu+gemuk (dah macam Garfield!)

Tengah dia sedap bersihkan badan dia,

Otak aku mula la fikir macam mana nak sakat si No-Me ni..






Akhirnya, aku dapat gak idea nak kenakan dia!!



 Dan semestinya, rancangan tu memang gila-gila punya jahat!!! 

(Jahat ker??)

Nampak tak kat kepala aku dah tumbuh tanduk setan??

Hahahahahahahahahahahaa..uhuuhkkk uhuhuhkkk 

(sorry..tak boleh nak nafas lak!)

Apa yang aku nak buat??

Meh aku cerita kat korang!


Langkah pertama : Skodeng apa yang si kucing tu tengah buat..

Dan seperti yang dijangka, si No-Me..



 Langkah kedua : Dengan langkah yang perlahan-lahan dan senyap..



 ..........


..........


..........


.........



..........



..........



..........



.......


AKU SERGAH DIAAAA!!!!!


Dan semestinya si No-Me akan..


.........



.........



........



.........



 Buruk giler rupa dia terkejut macam tu!!!

Kucing korang ada tak buat muka terkejut macam tu??

Hahahahahahaha..



............




.............




..............




.............




..............



Cuma yang menjadi persoalannya sekarang..



............




.............




..............




.............




..............



Kuat sangat ker aku jerit kat dia sampai muka dia tak berubah pun

Walaupun dah 10 minit "kejadian ngeri" tu berlaku???


......


.....


..... 


Ok..aku dah faham sekarang!!

Lebih baik aku cabut dulu sembuyikan "bukti"...

Jumpa lagi dalam entri yang seterusnya..


Assalamualaikum!!



(Mana pergi hah cangkul abah aku??) 

Wednesday, March 27, 2013

.:: Kucing oh Kucing : Episode 1 (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^


Firstly, memang nak mintak maaf banyak2..

Memang dah tak consistent sejak sebulan ni..

Tak boleh nak buat pape dah..

Ada keje penting kena settle sepanjang 1 bulan ni..

Ni dah settle, baru leh wat kartun balik..



Back to our story..

Kenalkah anda dengan haiwan yang bernama KUCING??

Kalau tak kenal, memang aku tak tau selama ni korang duk kat mana..

Marikh kut?? Hehehe..


Kali ni, watak utama bukan aku, ok?

Orang lain..dah lama aku tak cerita pasal budak ni..

Dah besar dah pun budak ni..

Dah masuk 4 tahun dah pun..

Apa masalah dia dengan kucing??


 Budak ni nama dia Irfan..
 
Masa ni, dia ada kat rumah maksu aku..

Maksu aku tinggal kat kawasan flat..

Kebetulan, orang yang mengasuh si Irfan ni

duduk tingkat yang sama dengan maksu aku..

Masa dia tengah on the way nak balik rumah maksu aku,
 


Dia terserempak dengan satu kucing ni..

Aku tak tau la kucing tu tengah buat apa..

Tapi, aku rasa kucing tu mesti tengah bersihkan badan dia!! 

(based on my previous experience!) 

Dengan nada yang agak kuat, si Irfan cakap macam ni kat kucing tu..


Of course, si Irfan takkan cakap macam tu! Hahaha..

Aku olah skrip ikut suka hati aku la..dah aku penulis skripnya!

Dan semestinya kucing tu..


 BUAT BODOH..


Kalau aku kat tempat korang pun, mesti tak faham kenapa

si Irfan rasa kucing tu halang jalan??

Mungkin korang terfikir, 


"Jalan jer la! Macam la tak boleh lalu?"


Aku jawab; "Aku tak tau!"
 

"Mungkin Irfan takut kucing??"


Aku jawab; "Yer ker? Aku tak tau pun!" 


Ataupun


"Kucing tu ada kat tengah-tengah kut!!"


Aku jawab; "Tak ada kat tempat kejadian. Mungkin la kut!" 


Tapi, kalau aku sendiri yang jadi kucing tu,


Confirm aku akan gelak gila-gila..


Sebab..


.....


.....


.....



.....



.....



......



......



 KUCING TU DUDUK KAT TEPI JER!!


Nampak tak banyak ruang kat situ!!

Muat jer kalau nak lalu..

Irfan..Irfan..



"Last kali jadi macam mana??"

"Dia boleh lalu tak??"


Aku jawab; 

"Mesti la boleh lalu sebab masa aku datang rumah maksu aku,

dia tengah sedap jerit-jerit nyanyi lagu Boboboi!!"


Jangan tanya soalan kat aku 

 Macam mana dia boleh lalu..

Memang aku tak boleh jawab sampai bila-bila!!


Kalau korang belum kenal lagi sape Irfan ni,

jom tengok sume entri pasal dia..







 


Oklah guys, jumpa lagi dalam entri yang seterusnya!!

Episode 2 : Me vs Kucing Sengal!
 

Assalamualaikum!! ^_^



p/s : Bagi yang tau cerita yang sebenar, jangan marah aku sebab aku olah cerita ikut kefahaman aku!! Hahaha..Peace!

Thursday, March 7, 2013

.:: I'm Supergirl !! (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^

Sorry yer banyak2 sebab tak update nak dekat 2 minggu lebih..

Banyak kerja!! Bertimbun-timbun..

Balik rumah jer terus OUT OF CONNECTION!! (Tidur la tu!!)

.......


.......

Korang dulu masa kecik-kecik,

Mesti berangan nak jadi macam..

Pakcik pakai spender kat luar " Superman "

Credit to www.fanpop.com
ataupun

Credit to www.facebook.com
 
Pakcik yang macam labah-labah " Spiderman " 

ataupun

Kita ambik yang dekat sikit la macam..

 Pakcik yang ada lidah macam cicak " Cicakman"

Credit to www.wikipedia.com
Apa persamaan diorang??

Sume ada kuasa ajaib untuk tewaskan musuh!!

Kiranya aku pun teringin gak ada kuasa ajaib..

Jadi, al-kisahnya..

Hari tu aku baru habis makan dengan akak aku 

kat SINI


Biasalah..lepas perut dah kenyang, mesti rasa nak tidur!!

Untuk menceriakan kakak aku yang hampir nak tertidur,

Aku cubalah cakap macam ni..
 


100% dia tak nak percaya cakap aku..

Jangan kata dia, aku sendiri pun tak percaya!! Macam mana tu??

Tapi, aku cubalah gak nak test power aku..

Kut-kutlah BETUL!

Tapi sebelum tu, mesti nak kena ada pertunjukan pentas dulu..


Aku seorang yang sannngggattt fokus!! (Fokus la sangat!!)

Apa-apa pun, sebelum nak keluarkan kuasa

yang terdampar di dasar perut aku,

Aku mesti kena..



Ya!!! Aim dulu!! 

Dengan sepenuh jiwa bakul raga ku, 

Aku mengeluarkan KUASA AJAIBKU iaitu

KUASA ANGGGGIIINNN!!!

 (Bukan kentut yer! Harap maklum)
 

Tapi, apa yang terjadi..

Memang luar dari jangkaan aku..

Sebab lampu tu..

.........


.........


.........


.........


.........


........


.........


..........


MEMANG BETUL-BETUL TUMBANG!!


 Aku mula la panik tapi dalam masa yang sama,

Aku terbangga la kejap!! ^_^

Kiranya, memang betul la aku ada SUPERPOWER!!

Hahahahahahaha!!! (Gelak setan disitu!)

Mungkin korang akan agak, lepas tu kitaorang akan

.......


.......



......



......
 


CABUT!!! 
 
Tapi hakikatnya..


Sigh...

Itu jer la kut kali ni..

Jumpa lagi next time!!

Assalamualaikum!! ^_^

Sunday, February 17, 2013

.:: Jom Shopping with Zalora!!! (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^

Happy Sunday everyone!! (Tapi aku tak happy pun!)

Sebab apa? 

Meh aku nak cerita sikit!

Hari tu hari yang biasa bagi aku..

Rutin aku bila check Dashboard,

Mesti nak tengok kalau2 ada komen baru..

(Tak faham2 lagi ker..cek nak suruh ampa semua komen la!! ^_^)

Tapi, komen baru yang aku tengok hari tu lain sikit dari yang lain

Sebab... 

Bila aku teliti balik komen tu, aku macam terkedu..
 

Tengok tu! Pilih kasih betul zoom besar sikit tang komen tu..

Hahahaha..


Aku happy tapi... 


Akak aku lagi happy!! (Tak ada kena mengenakan!!)

So, dengan hati yang berkobar2, aku pun email Zalora..

Tak lama lepas tu, Zalora bagi aku voucher..

Bila difikir-fikirkan balik, aku sebenarnya tak tau nak beli apa..

Bila aku tengok dompet aku yang "berusia" tu,

Baru aku tau aku patut beli apa..

Yes! Correct! Of course WALLET babe!

Bagi yang belum pernah beli barang online, meh aku ajar korang!

Langkah pertama : Silalah guna jari jemari korang yang halus+lembut tu,

Taip www.zalora.com.my


Korang boleh pilih nak beli barang WOMEN, MEN atau pun KIDS.

Jadi, disebabkan aku nak beli dompet, 

aku klik WOMEN --> ACCESSORIES --> BAGS & WALLETS
 

Langkah kedua : Pilih jenis dompet yang korang suka dan nak beli..

Dompet aku namanya ialah "Catalyst Simple Leather Long Purse"


Nampak tak kotak merah tu? 

Langkah ketiga : Sape yang dapat voucher, bolehlah masukkan kod 

voucher tu kat situ! 

Kalau korang nak beli lebih dari 1, boleh klik kat QUANTITY..

Langkah keempat : So, sape2 yang tak ada voucher, boleh terus klik 

PROCEED TO CHECKOUT


Langkah kelima : Kotak merah tu tunjuk jumlah yang korang perlu bayar.

Macam kes aku, aku kena bayar tambahan RM39.00 

Sebab voucher yang Zalora bagi hanya RM50.00 padahal dompet

yang aku nak lebih RM50.00!!

Dah puas hati dengan summary yang dia tunjuk, 

kalau korang nak sambung shopping lagi,

Klik CONTINUE SHOPPING

Tak nak sambung shopping?? Klik PROCEED TO CHECKOUT


Dan disebabkan aku terlalu "pandai", aku terlupa nak daftar dulu!

Langkah keenam : SILA DAFTAR DULU, K? Klik PROCEED

Kalau korang memang dah daftar, 

just klik LOGIN dan terus pergi ke Langkah kesepuluh!


Langkah ketujuh : Masukkan butiran peribadi korang untuk tujuan 

penghantaran..

Untuk kaedah pembayaran, korang pilihlah nak bayar macam mana..

Ada CREDIT CARD, ONLINE BANKING, PAYPAL dan BANK TRANSFER

Macam aku, aku pilih ONLINE BANKING

Dah settle?

Langkah kelapan :  Klik CHECKOUT 


Pas tu dia akan keluarkan summary butiran peribadi korang.

Check dulu betul2 alamat..

Kang dia pergi hantar barang korang kat  tempat lain, 

korang gak merana!!

Langkah kesembilan : Dah check? Klik CHECKOUT


Page ni dia just nak tunjuk berapa yang korang kena bayar (kalau adalah)

dan kepada sape kita akan buat pembayaran..

Langkah kesepuluh : Klik PROCEED


Disebabkan aku guna ONLINE BANKING, 

bank pilihan aku of course MAYBANK!

Langkah kesebelas : LOGIN ONLINE BANKING


Bila dah bayar, Zalora akan beri CONFIRMATION CODE macam yang 

korang nampak kat atas ni dan kat email sekali!

Sekarang, tunggu jer la!!



As expected, barang aku dah sampai esoknya..cepatkan??

Bukan barang jer sampai cepat, akak pun cepat jer datang menyibuk!! 

Huh! :-P



..........


..........


...........


..........


..........


..........



Ok tak dompet baru aku?? Merah giler!!


Ni lak gambar dompet aku kat bahagian dalam..

Aku tersangatlah happy time tu sampailah 

Saat sedih mula menyelubungi aku..(Cis! Ayat melankolik betul!)

Sebab apa??

...........


..........


..........



.........


.........



.........



.........



Korang faham kan sebab apa aku sedih??

Waaaaaaaaaa!!! 

Nak balik dompet aku!!!!

Zalora, boleh tak bagi lagi satu voucher?? Hehehe..

Korang, apa lagi?? Jom shopping kat Zalora!

Jumpa lagi hari Rabu ni!!!

Assalamualaikum!! ^_^