Monday, April 8, 2013

.:: Berhemah? Adakah Anda Pasti? (Cartoon) ::.

Assalamualaikum!! ^_^


Maaf sebab lambat update blog semalam!!

Ni kes kerja melukis lambat siap la ni!!



Oklah, kali ni aku nak cerita pasal watak baru dalam cerita aku..

Budak ni baru masuk kerja bulan lepas..

Sama jawatan dengan aku..



Korang tau tak betapa bersyukurnya aku sebab ada geng!

Selama ni duduk sorang-sorang, macam orang tak ada rumah!!

Sedih tak ada teman tu tak payahlah nak cakap..

Aku sedih, sapelah yang tau..acecece..

Melebih-lebih pulak!



Oklah, jom aku perkenalkan geng baru aku!




   Aku akui, dia memang jenis banyak cakap..

Macam aku la jugak!


Jangan tanya sape yang tampal pelekat kat mulut dia!

Ni mesti nak cakap aku la yang buat,

Memandangkan aku ada rekod yang agak terlebih "cemerlang" 

dalam bab-bab macam ni!!

Hampeh betul!


Lepas kitaorang dah selesai makan tengahari,

Macam ni la keadaan kitaorang dalam kereta!



Tak kisah la dalam kereta aku ker, 


Kereta Kak Noor ker,


Atau pun kereta Kak Fiza!!


Mulut sah-sah tak reti nak berhenti cakap!!



Sebenarnya, benda yang aku nak cerita adalah pasal si Umi ni hah..

Ada satu kenyataan bagi aku, kenyataan "MAUT" la

Keluar dari mulut dia..



Masa ni, kitaorang dalam kereta Kak Noor..

Nak tau apa benda yang dia cakap??

........


.......



.......



.......



........



Mungkin korang tertanya-tanya kenapa kitaorang terkejut giler

Bila Umi cakap macam tu??



Kitaorang tak rasa pulak macam tu!!

Bukan nak kata Kak Noor bukan pemandu yang berhemah,

Cuma aku rasa, setiap pemandu kalau dah marah,

Mesti muka yang ala-ala comel macam anak patung

Pun boleh tukar jadi macam Hulk Hogan!

Hilang kecomelan terus!!



Dan semestinya, Umi takkan percaya bila kitaorang cakap macam tu!!

Siap buat muka cebik lagi kat kitaorang!!


Dan kitaorang pun tak perlulah nak tunggu lama-lama 

Untuk Kak Noor tunjuk "TRUE COLOUR" dia kat Umi!!



Kebetulan, masa tu, kitaorang nak belok ke kanan..

Tak payahlah nak bayangkan keadaan jalan tu macam mana..

Aku dah siap lukis untuk korang faham!



Ada satu kereta sewel ni datang dari arah kiri kitaorang..


Alih-alih datang, terus nak halang jalan kitaorang..

Sebab dia nak U-turn!

Dia malas nak ikut peraturan jalan

Seperti yang ditetapkan oleh undang-undang!!

(Skema tak ayat aku??)



Tak faham??

Aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap!! Hahahaha!

Korang tengok la sendiri lukisan aku..



Bayangkan masa tu kereta kitaorang nak jalan pun tak boleh!

Kereta tu betul-betul halang laluan kitaorang!!


Kalau aku pun, aku angin giler!!

Tapi ketahuilah anda, yang saya adalah seorang yang tak suka 

TEKAN HON!!



Berbanding dengan Kak Noor,

Dia sangaaaaaaatttttt sukkkkkaaaaaaaaa TEKAN HON!!!

Macam ni la jadinya..


Selagi kereta tu tak bergerak, 

selagi tu la Kak Noor tekan hon macam orang gila!!


 Bagi kitaorang, perkara macam ni BIASA jer..

Cuma..

Bagi Cik Umi kita, perkara macam ni memang LUAR BIASA!!!!!



Tambah pulak, dia baru jer puji Kak Noor 10 minit sebelum tu..

10 minit tau!! Bukan 10 jam!!


.......




.......




.......




........




........
 


Itulah aku! Tukang sakat orang No.1 kat pejabat tu!!

Hahahahahahahaha!!!!!


Jumpa lagi nanti!!!



Assalamualaikum!! ^_^