Wednesday, August 29, 2012

.:: Raya oh Raya 2012 - Episode 1 : Lampu Raya (Cartoon) ::.

Assalamualaikum ^_^

Berjumpa lagi dalam entri yang baru..

Errr...adakah anda masih dalam mood RAYA?? (Sila angkat dua-dua kaki 

jika jawapan anda adalah YA!!!)

Ok! Sila abaikan ayat-ayat skema aku hari ni..

Aku just nak nyatakan kat sini yang

Bahawasanya aku sudah bersedia untuk BEKERJA!!! (Yeeay!!)

Kejap! Ada orang bagi pandangan maut la kat aku! (Officemate aku la tu!)

Ok, aku tipu! Ala..tipu sikit pun tak boleh ker?

Minggu ni confirm aku akan lembab giler nak mampus nak buat kerja..

Sebab apa? Korang boleh tanya lagi sebab apa????

Of course aku masih dalam mood raya la kan! Cakap raya sebulan! 

Gua tak main la raya seminggu! Apa kelas?

Hehehe!!! ^_^

Eheem eheem..bersempena bulan Syawal yang masih bersisa ni..  

(cewah! tak boleh blah ayat!),

Aku pun nak kongsi la serba sedikit moment2 terbaik

sepanjang aku beraya tahun ni...

Aku pun tak pasti ada berapa episode..

Tapi yang pasti mesti lebih daripada SATU!!! 

Jom start layan moment terbaik dari ladang..EPISODE 1..

Me, Abah and Lampu Raya!! 

Pandangan dari depan pintu rumah aku..Huhu..Meriah giler!

**Adik tu refer pada aku la..hahaha..status aku sebagai anak bongsu kat rumah..

Agak tragis kan? Abah aku memang macam tu!

Setiap kali tanya, mesti dia tunjuk lampu tu..

Hahaha..bila la nak rasa lampu raya macam jiran sebelah!

Tak meriah langsung rumah aku! 

Ni mesti kes abah aku malas nak panjat nak gantung

lampu tu! Tau sangat abah aku tu..

Hahahaha..

Oklah..korang tunggu jer la next entry..

Still masih dalam mood raya..

See u guys!!!!

Assalamualaikum ^_^

Sunday, August 26, 2012

.:: OMG?? Gempa Bumi?? - Part 2 (Cartoon) ::.

Assalamualaikum! ^_^

Apo khabar?? Seronok raya?? Banyak dapat duit raya??

Kasilah sikit kat orang sini...hahaha..

Al-maklumlah..duit raya memang takkan dapat la..T 3 T

So, entry kali ni pasal sambungan entry Gempa Bumi yang lepas..

Kalau korang tak baca lagi yang part 1,

Moh ler baca kat sini..Part 1..

Sape yang dah baca Part 1, 

Jom baca kesudahan entry Gempa Bumi ni yerr..

Pasal apa?

Kali ni, aku nak bercerita macam mana

aku dengan terror nya aku menghadapi 

situasi gempa bumi..hahaha...

Jom baca!!

Sape pulak Fikri yang aku maksudkan???

Fikri ni kira officemate aku la a.k.a junior aku (sila jangan fikir bukan2 k!)

Tempat duduk :- Depan aku! (Mengadap la ko muka aku sampai pukul 5!) 


Uissh!! Hidup-hidup aku ingat si Fikri ni yang goyangkan meja dia

sampai meja aku pun gegar sekali...

Dengan bangang (oppss! sorry)  bengangnya, aku pun berikan dia...


 PANDANGAN MAUT AKU!!!!


Nasib baiklah aku tak apa-apakan si Fikri tu..

Kalau tak, mampus gak nak menjawab nape tibai (pukul) anak orang!! 

Anak jantan pulak tu!!

Uisshhh!!! Agak-agak jatuh tak saham aku pas ni entry ni keluar??

Hahahaha..

Next entry aku akan banyak cerita pasal 

benda-benda yang menarik sepanjang raya 2012..

Nantikan, k?

See u guys next time..

Assalamualaikum! ^_^

Tuesday, August 14, 2012

.:: OMG?? Gempa Bumi?? (Cartoon) ::.

Assalamualaikum! (Bek jawab, kang tak pasal-pasal dapat DOSA FREE!)

Hahahaha...^_^

Waaah! Tak lama lagi nak sambut raya dah!

Best tu memang la best..

Tapi memandangkan diriku sudah bekerja (ceeewaahhh),

Jawabnya kena banyakkan sedekah la kat budak2 time raya!!

Happy nya jadi kanak2 ribena..(sob sob sob) T 3 T

Leh tak pusing lek masa ke zaman kanak2 ribena ku dulu...

Dengan tangan terbuka (sambil garu tangan tanda duit nak masuk) + senyuman melebar (ala2 budak innocent gitu!),

Dapatlah DUIT RAYA...KA CHIN KA CHIN..

Actually post kali ni tak kena mengena pun dengan sambutan raya...

Jauh giler menyimpang!!!!

Benda ni terjadi masa bulan 6 (kalau tak salah aku la)

Tapi aku sendiri pun tak pasti la sama ada benda ni masuk paper ke tak..

Pape pun..korang layan la dulu entry baru ni..
















Tang part aku tu, kena tunggu la next part..

Tapi tak janji la bila..

Hahahaha..

Oklah..see u guys next time..

Opsss...luper lak..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...^_^