Wednesday, February 16, 2011

.:: Cintaku Chicken Chop SPECIAL (Part 3) ::.

** Cerita ni hanyalah cerita rekaan saja. Tak ada kena mengena langsung dengan sape2! Sebarang copy & paste dalam cerita ni adalah dilarang sama sekali...huhuhu! **


Renungan tajam Pak Hassan pada Illyani. Tajam! Seperti pisau yang sudah diasah. Illyani masih berdiri. Sekadar membalas renungan Pak Hassan. Rasa gentar pada lelaki tua separuh abad itu tiada.

Paaaannng!!!! Satu tamparan kuat singgah di pipi kanan Illyani. Illyani terjatuh. Tangan kanan Illyani yang menggeletar segera menutupi kesan tamparan Pak Hassan. Air mata Illyani mula bertakung. Zambry segera membantu Illyani berdiri. Sekali sekala matanya menjeling pada Pak Hassan. Bengis. Tiada perasaan bersalah pada raut wajahnya. Zambry benci bila Pak Hassan menampar ’cinta’nya.

Leman terpaku. Tidak pernah terlintas di kepalanya apabila ayahnya berkelakuan sedemikian. Suasana di restoran itu kembali sunyi. Yang hanya dapat didengar hanyalah suara tangisan Illyani. Pak Hassan duduk mencangkung di depan Illyani. Jari telunjuk Pak Hassan berada tepat di dahi Illyani.

Tuesday, February 15, 2011

.:: Selamat Menyambut Maulidur Rasul ::.


.:: Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia...::.

Friday, February 11, 2011

.:: Cintaku Chicken Chop SPECIAL! (Part 2)::.

** Cerita ni hanyalah cerita rekaan saja. Tak ada kena mengena langsung dengan sape2! Sebarang copy & paste dalam cerita ni adalah dilarang sama sekali...huhuhu! **



Dia sudah menjejakkan kaki di hadapan restoran kayu itu. Matanya tertumpu pada nama restoran. Seri Cahaya nama diberi. Dia menghela nafas panjang. Penat berjalan masih belum hilang sepenuhnya. Keadaan di sekitar restoran masih lengang. Kanak-kanak riang berlari berkejaran antara satu sama lain.

Ketika dia melangkah kaki memasuki restoran itu, sepasang mata sedang merenung tepat ke arahnya. Illyani hanya tersenyum ketika melintas di hadapan Zambry. Tangannya masih erat memegang MP3 hitamnya. Bibirnya yang mulus sedang rancak mengikut melodi lagu. Kakinya terus ke arah stesen kegemarannya di restoran itu, ’Stesen Minuman’. Yang penting baginya, dahaga yang ’bermaharajalela’ di tekak harus dihilangkan.

”Kau pergi mana tadi? Pakcik cari kau tadi!” Zambry mula bersuara. Senyap. Illyani langsung tidak mengendahkan pertanyaan Zambry. Tangannya ligat menuang air sirap ke dalam bekas cawan lalu dihirup sepuas hatinya. Zambry masih tercegat menanti jawapan daripada gadis dihadapannya itu.

Thursday, February 10, 2011

.:: Cintaku Chicken Chop SPECIAL! (Part 1)::.

** Cerita ni hanyalah cerita rekaan saja. Tak ada kena mengena langsung dengan sape2! Sebarang copy & paste dalam cerita ni adalah dilarang sama sekali...huhuhu! **


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja...

"Bunyi macam baru kena tinggal dengan awek jer...,"

Satu suara perlahan menegurnya. Lelaki itu memandang wajah gadis disebelahnya. Gadis itu tidak menunjukkan sebarang ekspresi di wajahnya. Mata gadis itu hanya tertumpu pada laut dihadapannya.

Memang benar..dia baru ditinggalkan kekasihnya. Lagu Hanyut dari Faizal Tahir menjadi peneman sepinya. Benci giler dengan keadaannya sekarang. Tak terurus!

Friday, February 4, 2011

.:: Mr Star Mart, Aku Benci Sama Kamu Hari Nie! ::.

Aku terpaksa start post aku kali ni dengan "WWWWWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!" Cuti mid-term dah nak dekat abis...huhuhuhu...aku dengan nada sedih terpaksa bagitau yang aku dah pun sampai Shah Alam..huhuhuhu...bencilah...dah la kena bangun pagi2 semata-mata nak kejar bas Star Mart pukul 10 pagi...

Abis tu...kalau tak nak balik awal, nape beli tiket hari jumaat? Belilah hari Ahad! Lagi best...kalau tak mesti kau tengah senang-lenang kat rumah sekarang...huhuhuhu...senang-lenang kah???? Aisey...macam mana la aku nak senang-lenang kalau keje berlambak tak siap lagi....starting from next week jerk, aku dah busy balik...ramai betul yang aku nak kena deal next week! Cis! Perasan tul! Bajet MPP ker Cik Ika oiii!

Wednesday, February 2, 2011

.:: Kahwin???? Alahai.... ::.

Hi guys! Firstly, Gong Xi Fa Cai ku ucapkan pada sape2 yang sambut CNY...(ada kena mengena ker????) Mesti la ada..pasal CNY la, aku duk bersenang-lenang kat umah sekarang! Wah! Bajet macam tak der keje jer nak kena siap...apa la nak jadi dengan ko ni, Ika! 

Pape pun, tajuk utama kali ni bukanlah pasal aku ngan assignments aku yang bertimbun tunggu nak disiapkan tue...kali ni tajuk agak serius! Teramat la serius! (Betul ke apa yang aku cakap ni?????) 

ADAKAH TOPIK NIE PASAL KAHWIN????? Yaaaaa! Tepat sekali...pasal kahwin...Waaa...topik makin hangat wooo!!!